Saturday, September 20, 2008

MAJLIS PENUTUPAN KEMERDEKAAN TAHUN 2008


MAJLIS PENUTUPAN RASMI KEMERDEKAAN TAHUN 2008.

Pada 15 September 2008,SMK Seri Kenangan telah mengadakan majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan pada tahun 2008.Pelbagai aktiviti telah disusun atur untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.Majlis ini dimulakan dengan ketibaan GPK Kurikulum,GPK HEM dan guru-guru yang lain.Kemudian,majlis diserikan lagi dengan bacaan doa oleh pengawas sekolah.Dengan kata lainnya,majlis dimulakan seperti majlis-majlis perhimpunan rasmi sekolah yang biasa dilakukan pada hari Isnin kebiasaannya.

Bermulanya dengan bacaan ucapan daripada Pengarah Pelajaran Malaysia oleh En.Jamil B Sajuri,GPK Kurikulum SMK Seri Kenangan.Hal ini disebabkan ketiadaan Pengetua SMK Seri Kenangan,Tuan Hajah Zainab Bt Ismail yang masih lagi dalam keadaan yang tidak berapa sihat disebabkan oleh tragedi yang menimpanya pada beberapa hari sebelum ini.Suaminya telah meninggal dunia pada hari Jumaat,5 September 2008.Ucapan takziah diucapkan kepada beliau dan sedekahkanlah al-fatihah kepada suami beliau agar rohnya dicucuri rahmat oleh Allah taala.

Photobucket
Kemudian,ucapan daripada Pengarah Pelajaran Negeri Johor yang dibacakan oleh Pn.Azwati Bt Mahmud.Majlis diserikan lagi dengan nyanyian lagu patriotik.Diantaranya lagu jalur gemilang,keranamu malaysia dan perpaduan teras kejayaan.Tema kemerdekaan pada tahun ini adalah ‘Perpaduan Teras Kejayaan’ seiring dengan lagu patriotik Malaysia yang telah dicipta baru-baru ini.Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan pada tahun ini.Diantaranya kuiz kemerdekaan,pertandingan kelas patriotik dan aktiviti menghias sekolah dengan menggunakan bendera dan sebagainya.Aktiviti yang dirancang bukan sahaja dapat membentuk jati diri pelajar,malah mampu menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar SMK Seri Kenangan.

Pada permulaan majlis penutupan,pengacara ditukar dan wakil pelajar mendeklamasikan sajak yang berkisar tentang kemerdekaan.Wakil pendeklamasi sajak dipilih berdasarkan daripada pemenang pertandingan deklamasi sajak peringkat sekolah.




Kemudian,pengkisahan sejarah dipersembahkan oleh wakil pelajar yang juga memenangi tempat pertama dalam peringkat sekolah.Pengkisahan sejarah berkisar tentang tokoh ‘Tun Dr Mahathir Mohamad’seorang tokoh yang banyak melibatkan diri dalam hal politik dan juga Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 yang telah banyak menyumbang dalam kejayaan Negara.

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu patriotik daripada pelajar diiringi oleh guru-guru diikuti dengan lagu sekolah.Majlis bersurai pada jam 9.15 pagi.

No comments: