Saturday, September 20, 2008

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PEGAWAI PEJABAT DAERAH SEGAMAT

Majlis berbuka puasa dirancang untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara guru,pelajar dan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Segamat.Pada hari tersebut,pelajar tingkatan 3 dan 4 turun ke dewan makan asrama puteri dan pelajar tingkatan 1 dan 2 naik ke dewan makan asrama putera.Pelajar tingkatan 3 dan 4 akan berkumpul di dalam dewan makan dengan berpakaian lengkap dan masing-masing mengambil makanan untuk berbuka puasa.

Setelah selesai penyediaan untuk berbuka puasa,Penghulu,exco asrama dan ketua dorm setiap rumah(SMK Seri Kenangan mengamalkan system rumah di asrama pada awal tahun 2008)diminta keluar dari dewan makan untuk menyambut tetamu.
Selang beberapa minit kemudian,ketibaan rombongan daripada pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Segamat yang diketuai oleh En.Anuar B Hashim.Setelah rombongan pegawai disambut,semua pelajar diminta duduk di tempat masing-masing sambil melaungkan bacaan zikrullah sambil menanti masuknya waktu berbuka puasa.

Apabila waktu berbuka puasa tiba,majlis dimulakan dengan bacaan doa berbuka puasa dan doa sebelum makan.Semua pelajar,guru,dan tetamu dijemput menjamu selera di tempat yang disediakan dengan makanan yang sudah tentu menyelerakan.

Selepas berbuka puasa,semua pelajar diarahkan ke surau seperti hari-hari biasa untuk menunaikan solat maghrib berjemaah.Selepas solat maghrib,majlis diserikan lagi dengan bacaan doa dan ucapan daripada GPK Kurukulum dan ucapan daripada En Anuar B Hashim,Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Segamat.

Selepas itu,semua pelajar dan tetamu menunaikan solat Isyak dan solat terawikh 8 rakaat secara berjemaah.Kemudian,pelajar bersalaman dan terus pergi ke PREP(persiapan untuk peperiksaan) manakala guru-guru dan Pegawai Pejabat Daerah Segamat dihidangkan dengan santapan yang luar biasa sebelum pulang ke rumah masing-masing.

No comments: