Saturday, September 20, 2008

KEJAYAAN SMK SERI KENANGAN....

Pada tahun ini,iaitu tahun 2008,Smk Seri Kenangan telah menyertai pertandingan Toyota Eco-Youth dalam peringkat kebangsaan.Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk memulakan langkah untuk menjadi juara peringkat kebangsaan.Pertandingan Eco-Youth ini sebenarnya dijalankan untuk memberi kesedaran tentang pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan pelajar khasnya pelajar sekolah menengah.Hal ini bertepatan dengan keadaan alam sekitar yang semakin tenat kini.Oleh sebab itulah,Toyota Eco-Youth mewujudkan pertandingan ini dengan harapan para pelajar akan sedar betapa pentingnya alam sekitar.
Kumpulan Eco-Zenith,iaitu 8 orang pelajar dan 50 orang sukarela banyak membantu dalam menjayakan pertandingan ini.Walaupun begitu,sebenarnya,keseluruhan warga Smk Seri Kenangan terlibat dan banyak memberikan kerjasama untuk mengorak langkah ke arah kejayaan SMK Seri Kenangan untuk memperoleh tempat pertama dalam peringkat kebangsaan.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru yang banyak memberi sokongan dalam usaha untuk menjuarai pertandingan Toyota Eco-Youth.Pengetua SMK Seri Kenangan,Pn.Hajah Zainab Bt Ismail,sebagai peneraju SMK Seri Kenangan telah menyerahkan tugas untuk mengendalikan program ini kepada Cikgu Ismail B Embong,guru yang banyak membimbing pelajar khasnya Eco-Zenith Team.Bersesuaian juga kerana beliau merupakan guru mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan.Tidak lupa juga kepada Cik Nur Darina Bt Mohd.Salleh,En.Mazlan B Ayub,Pn.Normah Bt Bahrarudin dan Cik Nur Zahirah Bt Abd Rahman yang banyak mengerah tenaga untuk mencapai kejayaan dalam peringkat kebangsaan.
Eco-Zenith Team telah memilih tajuk yang paling sesuai iaitu mengurangkan kesan rumah hijau dalam kawasan persekitaran sekolah secara global dan sistematik.Tajuk ini amat sesuai dipilih kerana sekarang ini wujudnya pembinaan sekolah baru untuk mewujudkan SK Seri Kenangan.Selain itu,terdapat juga kilang-kilang papan yang banyak menyumbang dalam peningkatan pencemaran udara di kawasan sekolah.Oleh sebab itu,Eco-Zenith Team telah menjadikan ini sebagai visi sebagai langkah pertama untuk mengurangkan kesan rumah hijau.Misi Eco-Zenith Team ialah mengurangkan 20% pengeluaran karbon dioksida dalam kawasan sekolah secar efisien. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan untuk mengurangkan karbon dioksida dalam kawasan sekolah.Diantaranya ialah melancarkan program kitar semula,pertandingan kuiz alam sekitar,dan pertandingan membuat tong sampah dengan menggunakan bahan kitar semula. Pada 4 Ogos 2008,Sekumpulan pelajar dan guru SMK Seri Kenangan telah bertolak ke Shah Alam dan menginap di Grand Blue Wave Hotel.Dan akhirnya,Smk Seri Kenangan telah menjuarai pertandingan tersebut.SMK Seri Kenangan telah membawa pulang sebanyak Rm12,000 iaitu Rm10,000 sebagai juara keseluruhan dan RM2,000 sebagai persembahan terbaik. Kejayaan SMK Seri Kenangan ini bukan sahaja membanggakan sekolah,malah menaikkan nama sekolah ke taraf kebangsaan.

No comments: